Hukum melukis melakar mengilustrasi gambar dan melakonkan watak para malaikat dalam filem

Black Left Arrow

Ahli kumpulan:

1.Muhd NurAffandi Bin Suhaimi (19DMC22F1020)

2.Muhd Hafidzuddin Bin Murad (19DMC22F1030)

3.Zul Farhan Amri bin Md Zanuri (19DMC22F1006)

4.Syed Mukhriz bin Syed Nadzwin Jamalullail (19DMC22F1002)

Hukum melakonkan para watak malaikat

Black Left Arrow

Melakonkan watak malaikat di dalam filem secara tidak langsung telah merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk yang suci. Hal ini bercanggah dengan kehadiran malaikat yang hanya diketahui menerusi wahyu daripada Allah SWT.


Hal ini juga mengadaptasi konsep Barat dalam genre perfileman yang menghakis keimanan terhadap perkara al-Ghaibiyyat dan mencairkan identiti Islam. Turut diambil kira, pandangan ulama moden yang mengharamkan perbuataan menggambarkan malaikat sebagai perkara ghaib. Oleh itu, perbuatan yang demikian adalah haram melalui kaedah Sadd al-Dharai' iaitu menutup pintu-pintu keburukan.


Filem atau drama merupakan salah satu medium untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui sesuatu penceritaan dan lakon layar. Dalam Islam medium ini tertakluk kepada syarat tertentu yang perlu dipatuhi agar ia tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berkenaan babak lakonan watak malaikat, terdapat beberapa sebab perkara tersebut dilarang, antaranya:

1. Merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk suci

Malaikat adalah makhluk yang mempunyai kedudukan dan keistimewaannya dalam Islam khususnya kerana mereka ini ialah makhluk yang taat dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Hal ini sepertimana dalam firman-Nya: "Allah memilih utusan-utusan-Nya daripada malaikat dan daripada manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Haj, ayat 75)


Ibn Kathir menjelaskan bahawa Allah SWT memilih malaikat sebagai utusan-Nya merupakan sebahagian daripada syarak dan kekuasaan-Nya. Begitu juga dengan memilih utusan dalam kalangan manusia untuk menyebarkan risalah-Nya. Oleh itu, jelaslah bahawa malaikat merupakan salah satu ciptaan Allah SWT yang mulia.


Keadaan ini meletakkan malaikat terpelihara daripada ditiru oleh syaitan. Sifat ini juga menghalang sesiapa pun meniru seperti malaikat. Mustahil untuk menggambarkan rupa paras malaikat. Oleh itu, lakonan manusia sebagai watak malaikat dianggap sebagai menghina malaikat dan memalukan agama. Perbuatan mengolok-olokkan, meremehkan atau merendah-rendahkan kedudukan malaikat adalah ditegah sebagaimana yang diharamkan perbuatan tersebut kepada rasul.

Black Left Arrow

2. Kehadiran yang hanya diketahui menerusi wahyu

Lakonan malaikat yang diadaptasi oleh manusia sudah pasti terdapat kekurangan dan ketidaksempurnaan dalam pembikinan filem dan perbuatan ini secara tidak langsung merendahkan kemuliaan malaikat sebagai makhluk Allah. Hal ini kerana terdapat hadis berkenaan iman dan ihsan yang menyatakan kehadiran Jibrail AS yang datang dalam bentuk pemuda yang sempurna dan tiada aib.


Tambahan lagi, perihal dan keadaan malaikat hanya dapat diketahui melalui wahyu Allah SWT sebagai mana yang dirakam dalam al-Quran berkaitan kisah Nabi Ibrahim AS yang menerima kehadiran kelompok malaikat dalam bentuk wajah sekumpulan pemuda. Firman Allah SWT lagi berkenaan kisah ini: "Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka serta merasa takut daripada keadaan mereka. (Melihat kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum Lut (untuk membinasakan mereka)." (Surah Hud, ayat 70)


Imam al-Tabari menjelaskan ayat di atas bahawa Nabi Ibrahim AS timbul rasa ragu-ragu dan takut apabila beliau melihat sekumpulan pemuda itu tidak makan hidangan yang disediakan oleh baginda.


Lalu pemuda-pemuda itu menenangkan Baginda dengan menjelaskan bahawa mereka adalah malaikat yang tidak makan hidangan tersebut serta utusan daripada Allah SWT yang membawa azab kepada kaum Lut.


Rentetan daripada kisah-kisah ini, dapat difahami bahawa rupa paras malaikat dapat dilihat dalam bentuk manusia yang diperintahkan oleh Allah SWT. Selain itu, malaikat juga dapat dilihat dalam bentuk tersebut dengan izin Allah SWT. Para malaikat ini tidak dapat diketahui perihal keadaan mereka oleh nabi sendiri melainkan terdapatnya wahyu daripada Allah SWT.

3. Mengadaptasi konsep Barat dalam genre perfileman

Pengaruh idealogi Barat menyebabkan tema-tema beberapa filem menyentuh rupa paras malaikat yang termasuk dalam perkara al-Ghaibiyyat iaitu perihal yang tidak dapat dicerap dengan pancaindera kebiasaan manusia. Watak malaikat yang berupa seperti manusia mempunyai unsur daripada karya ilustrasi Barat. Banyak karya ilustrasi Barat menggambarkan makhluk supernatural sebagai makhluk mitologi Yunani yang berupa manusia ideal. Majoriti karya ilustrasi tersebut bersumberkan Judeo-Christianity, Secular-Humanist dan ideologi Barat yang lain termasuk Greco-Roman.


Amat menyedihkan fenomena masyarakat Islam yang meniru gaya pemikiran orang-orang Barat. Keadaan ini di nukilkan dalam hadis Rasulullah SAW: "Sungguh kalian (masyarakat Islam) akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sekalipun jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang biawak (yang sempit), pasti kalian akan mengikutinya." Kami (para sahabat) berkata: "Wahai Rasul Allah, apakah yang dimaksudkan itu kaum Yahudi dan Nasrani?" Baginda SAW menjawab: "Lantas siapa lagi selain mereka?" (Riwayat Bukhari & Muslim)


Persepsi bersumberkan pemikiran Barat ini mengiktiraf kewibawaan pemikiran selain Islam. Keadaan ini membentuk sifat tidak berbangga menjadi identiti sebagai seorang Islam. Begitu juga berasa malu untuk menghayati hidup sebagai seorang Islam. Pandangan ini mencairkan identiti Islam dengan mencampur adukkan dengan pemikiran mengikut kerangka idealogi Barat.

4. Pandangan hukum haram menurut ulama moden

Terdapat pandangan ulama moden yang mengharamkan perbuataan menggambarkan perkara ghaib seperti malaikat. Antaranya seperti Dr Abdel Hay Azab, ulama Al-Azhar menyatakan tidak dibenarkan memberi rupa paras kepada malaikat dalam karya seni.


Selain itu, Dr Ahmad Raissouni, ulama Maghribi turut menyatakan bahawa tidak dibenarkan untuk menggayakan watak para nabi dan malaikat dalam bentuk sebenar atau keadaan yang melambangkan mereka.


Di samping itu, Majlis Ulama Kanan Arab Saudi menjelaskan fatwa bahawa menggambarkan watak para nabi, malaikat, Khulafa' ar-Rashidin dan sahabat merupakan perbuatan tercela. Ini kerana ia bertujuan untuk mengelirukan pemikiran umat Islam dalam berinteraksi dengan akidah, al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW.


m yang mengetengahkan watak malaikat menerusi lakonan manusia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi minda masyarakat Islam tentang hakikat malaikat. Filem tersebut merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk suci.

Filem tersebut juga bercanggah dengan kehadiran malaikat yang hanya diketahui menerusi wahyu daripada Allah SWT. Filem tersebut turut mengadaptasi konsep Barat dalam genre perfileman yang menghakis keimanan terhadap perkara al-Ghaibiyyat dan mencairkan identiti Islam.


Berdasarkan kaedah Sadd al-Dharai' iaitu menutup pintu-pintu keburukan, maka lakonan manusia sebagai watak malaikat adalah haram kerana ia membuka ruang untuk golongan yang berniat jahat menggunakan peluang untuk berkarya dalam filem bagi menghina Islam. Oleh itu, segala gambaran imej malaikat dalam lakonan tersebut yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan sunnah adalah di larang. Larangan ini termasuk dengan perkataan atau perbuatan seperti melukis, bertindak, bercakap atau sebaliknya.


Larangan ini juga bertepatan dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam pada tahun 2015. Kriteria penapisan bahan-bahan multimedia dan penyiaran berunsur islam telah menggariskan bahawa Tidak Melakonkan Atau Menggambarkan Sebarang Ilustrasi Atau Watak Para Nabi, Malaikat, Syaitan dan Perkara-perkara Sam'iyyat dan Ghaibiyyat. Wallahu A'lam.

Hukum Melukis di dalam Islam

"Kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat pengaduan rasa & ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia".- Al Ghazali


Saya meminati seni dan lukisan. Namun, daripada pembacaan, saya dapati terdapat larangan dalam menghasilkan potret atau mana-mana lukisan yang menyerupai objek hidup. Daripada pemahaman saya, penghasilan lukisan seperti itu seolah-olah mencabar ciptaan Yang Maha Pencipta. Bagaimanakah kedudukan sebenarnya? atau saya tersilap dalam memahami maksud sebenar larangan tersebut.


Muqaddimah


Islam adalah agama yang mencintai keindahan sehingga di dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:


إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ


yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah adalah zat yang Maha Indah dan suka kepada keindahan


Antara perkara yang dianggap sebagai satu keindahan yang mempunyai nilai kesenian adalah gambar yang dilukis di papan-papan kanvas dan ukiran-ukiran yang dipahat di atas batu atau kayu.


Persoalannya, adakah Islam berdasarkan ijtihad para fuqaha membenarkan kesemua lukisan dan ukiran atau sebaliknya?

Beberapa perbahasan yang disepakati dari segi hukumnya oleh seluruh para fuqaha Islam

1. Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.


Ini kerana manusia telah dibenarkan untuk mencipta benda-benda tersebut. Apabila seseorang individu itu telah dibenarkan oleh Islam untuk mencipta kereta, dia juga boleh melukis gambar kereta. Ini kerana gambar kereta lebih mudah untuk dihasilkan berbanding dengan mencipta kereta. Kalaulah mencipta kereta yang lebih sukar telahpun dibenarkan oleh Islam, maka menghasilkan gambar kereta lebih-lebih lagi dibenarkan.

2. Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu boleh untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah Taala seperti gambar tasik, sungai, laut, bulan, bintang, matahari dan sebagainya.


Walaubagaimanapun, sekiranya gambar alam semulajadi itu dijadikan sebagai bahan sembahan orang yang bukan beragama Islam seperti golongan penyembah matahari, maka sekiranya penyembah matahari meminta sang pelukis untuk melukis gambar matahari untuk disembah selepas itu, pastinya hukum melukis gambar matahari ketika situasi ini adalah haram. Ini kerana gambar yang bakal dilukis akan digunakan untuk tujuan maksiat iaitu menyembah selain daripada Allah Taala.


Beberapa perbahasan yang tidak disepakati dari segi hukumnya oleh para fuqaha Islam


Kebanyakan para fuqaha berpandangan bahawa seseorang pelukis dibenarkan untuk melukis gambar tumbuh-tumbuhan, rumput, buah-buahan dan pokok-pokok. Mereka tidak membezakan antara pokok yang berbuah ataupun pokok yang tidak mengeluarkan buah. Bagi kebanyakan para ulama, hukum melukis tumbuh-tumbuhan dan pokok adalah seperti hukum melukis alam semulajadi seperti sungai, laut, gunung-ganang dan sebagainya.


Walaubagaimanapun, hanya seorang ulama sahaja yang tidak membenarkan melukis gambar pohon-pohon yang mengeluarkan buah. Ulama tersebut adalah Al-Imam Al-Mujahid.


Oleh itu, sekiranya seseorang pelukis ingin melukis gambar pokok yang berbuah, maka berdasarkan pandangan kebanyakan para ulama, hukumnya adalah dibolehkan.

Berbalik kepada soalan yang ditanya, ia berkisar berkenaan hukum melukis gambar objek yang hidup yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Sememangnya para ulama berselisih pandangan dalam masalah ini. Ini kerana mereka berbeza pandangan dalam memahami hadith Rasulullah yang zahirnya melarang lukisan.


Para fuqaha di dalam 3 mazhab utama iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal tidak membenarkan sama sekali seseorang individu melukis gambar objek-objek yang hidup daripada manusia dan binatang. Para ulama di dalam tiga mazhab ini juga mengharamkan seseorang daripada mengukir patung-patung yang menyerupai manusia ataupun binatang.


Cuma di dalam Mazhab Al-Imam Malik, para fuqaha mazhab ini (Al-Malikiyyah) berpandangan bahawa hukum melukis gambar yang sempurna bagi manusia dan haiwan adalah dibenarkan sekalipun hukumnya adalah makruh.


Ini bermakna sekiranya seseorang berniat untuk tidak melukis gambar manusia dan haiwan yang sempurna, maka dia akan mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan yang makruh. Namun sekiranya dia tetap melukis gambar objek hidup secara sempurna, dia tidaklah berdosa tetapi dia tidak akan mendapat sebarang pahala.

PENUTUP

Filem yang mengetengahkan watak malaikat menerusi lakonan manusia memberi impak yang besar dalam mempengaruhi minda masyarakat Islam tentang hakikat malaikat. Filem tersebut telah merendahkan kedudukan malaikat sebagai makhluk yang suci. Filem tersebut juga telah bercanggah dengan kehadiran malaikat yang hanya diketahui menerusi wahyu daripada Allah SWT. Filem tersebut turut mengadaptasi konsep barat dalam genre perfileman yang menghakis keimanan terhadap perkara al-Ghaibiyyat dan mencairkan identiti Islam.


Berdasarkan kaedah Sadd al-Dharai’ iaitu menutup pintu-pintu keburukan, maka lakonan manusia sebagai watak malaikat adalah haram kerana ia membuka ruang untuk golongan yang berniat jahat menggunakan peluang untuk berkarya dalam filem bagi menghina Islam. Oleh itu, segala gambaran imej malaikat dalam lakonan tersebut yang tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah adalah di larang. Larangan ini termasuk dengan perkataan atau perbuatan seperti melukis, bertindak, bercakap atau sebaliknya.


Larangan ini juga bertepatan dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam pada tahun 2015. Kriteria penapisan bahan-bahan multimedia dan penyiaran berunsur islam telah menggariskan bahawa Tidak Melakonkan Atau Menggambarkan Sebarang Ilustrasi Atau Watak Para Nabi, Malaikat, Syaitan dan Perkara-perkara Sam’iyyat dan Ghaibiyyat.


WallahuA'lam.

Sumber Rujukan

https://www.hmetro.com.my/addin/2023/01/925170/haram-lakon-watak-malaikat

https://www.facebook.com/legacy/notes/336510653054632/

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/5500-irsyad-al-fatwa-siri-ke-745-hukum-melakonkan-watak-malaikat-dalam-filem